CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 16 March 2012

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

  1. Kesan Rumah Hijau


      Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang berkait rapat dengan pemanasan global.
      Pemanasan global merupakan fenomena bumi secara makro akibat pelbagai faktor
      terutamanya pencemaran udara sehingga suhu dunia meningkat dan menyebabkan 
      benua artik mengalami kesusutan ketebalan ais. Cahaya matahari membawa sinaran 
      ultraungu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan 
      akibat disekat oleh karbon dioksida yang melitupi atmosfera. Akibatnya, suhu semakin 
      panas.

        Proses Kesan Rumah Hijau

        Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti 
        karbon dioksid,
        karbon monoksid, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Amnya, di dalam 
        ruang atmosfera yang tertutup, komposisi gas initidak akan melebihi 0.03%. Apabila 
        komposisinya meningkat, molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba akan
        memerangkap lalu melambatkan proses pembebasan haba.

        Punca Berlaku Kesan Rumah Hijau

        a)  Faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi yang membebaskan pelbagai gas,
              antaranya- sulfur dan oksida
        b)* Faktor manusia yang melakukan pencemaran dan membebaskan pelbagai
              gas seperti karbon dioksid, karbon monoksid, nitrogen dioksid, CFC, halon
              dan  sebagainya.
              Gas-gas ini membentuk satu lapisan yang menghalang pembalikan sinaran ultraungu                    
              matahari secara semulajadi. Lapisan ini akan turut mengumpul gas yang
              lain berkumpul di situ.   
             * - membebaskan gas merbahaya daripada kilang, kereta dsbnya (pencemaran udara)
               - menggunakan peralatan yang membebaskan CFC
               - penggunaan racun serangga dan bahan kimia
               - penternakan berskala besar yang membebaskan gas ammonia.

         2. Penipisan Lapisan Ozon

         Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis atau berlubang menyebabkan sinaran
         ultraungu sampai kepermukaan bumi dan meningkatkan suhu bumi.


         Punca Penipisan Lapisan Ozon
    • Penggunaan CFC dalam pembuatan pendingin hawa dan penyembur aerosol
    • Penggunaan baja organik berterusan dlm pertanian akan menghasilkan           nitrogen oksid
    • Pembakaran bahan api fosil (menghasilkan nitrogen oksid)
    • Ujian senjata nuklear
    • Peperangan yang menggunakan bahan letupan 
    • Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera
    • Pembalakan berterusan yang meninggikan kandungan karbon dioksid dalam    udara
         3. Pulau Haba

         Pulau haba adalah keadaan dimana atmosfera bandar mempunyai suhu yang lebih 
         tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

          Punca Kejadian Pulau Haba
    • Bangunan konkrit dan jalanraya berturap menyerap dan memerangkap banyak   haba daripada sinaran matahari.
    • Asap dan haba dikeluarkan dengan banyaknya daripada kenderaan    
    • Bangunan-bangunan tinggi di bandar menghalang pergerakan udara dan   menghadkan  pengaliran keluar haba
    • Bahan-bahan pencemar yang dibebaskan oleh kilang dan kenderaan akan menyerap   bahang matahari
    • Kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan di bandar menyebabkan permukaan buminya dipanaskan secara lansung oleh pancaran matahari
    • Kekurangan pokok di di bandar menyebabkan proses perpeluhan kurang berlaku untuk merendahkan suhu sekitarnya.
         Kesan-kesan Pulau Haba
    • Keselesaan penduduk terjejas akibat dpd suhu yang panas.
    • Penduduk di bandar mengalami masalah sakit kepala
    • Pembebasan gas rumah hijau seperti CFC semakin meningkat kerana pertambahan   penggunaan pendingin hawa di bandar
         4. Hujan Asid

         Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida dalam atmosfera bertindak balas dengan wap air 
         dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik. Wap air akan membentuk awan dan 
         apabila terpeluwap, hujan akan turun sebagai hujan asid.

       
        Punca Kejadian Hujan Asid
    • Pelepasan gas sulfur dioksida daripada kilang
    • Pembakaran bahan api fosil seperti nitrogen dioksida daripada asap kilang
    • Penggunaan baja pertanian yang juga menghasilkan nitrogen oksida  

        Kesan dari Hujan Asid
    • Penyakit kepada manusia - sakit dada dan batuk, tulang, buah pinggang
    • Hidupan akuatik akan mati kesan dari air sungai/ laut yang berasid
    • Ikan menjadi bahaya kepada manusia dan haiwan yang bergantung kepadanya kerana kandungan raksa yang tinggi di dalamnya
    • Kemusnahan hutan
    • Tumbuhan yang mati kerana asid akan bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah
    • Mempercepatkan hakisan bangunan seperti cat serta mengaratkan barangan besi.




;

0 comments:

Post a Comment