CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 27 March 2012

Rancangan Pengajaran Harian


Rancangan Pengajaran 
Subjek: Geografi
Tingkatan:  3

1. Ciri-Ciri Kelas

a)     Tingkatan

b)    Pengetahuan Sedia Ada

 


Tingkatan 3RK

Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi Manusia

2. Peruntukan Masa

40 minit

3. Tema Pelajaran / Topik

Tema : Kegiatan ekonomi
Topik : Kesan-kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Sub-Topik : Kesan Rumah Hijau

4. a)  Hasil Pembelajaran












     b)  Nilai Murni




     c)  KBKK


Pada akhir sesi pembelajaran murid dapat:
Aras 1
Menyenaraikan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar negara Malaysia

Aras 2
Menjelaskan dengan contoh kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar negara Malaysia:

Aras 3
Merumus tentang kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar negara Malaysia.

1.     Mencintai negara Malaysia.
2.     Bertanggungjawab terhadap alam sekitar kita.
3.     Bekerjasama dan membantu mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi di Malaysia.

1.     Menyusun data dalam bentuk peta minda.
2.     Menyenarai dan merumuskan.


5. Objektif Pembelajaran


Pada akhir sesi pembelajaran murid dapat:
1.     Menyenaraikan 5 jenis kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Malaysia.
2.     Menjelaskan proses kesan rumah hijau dengan menggunakan peta lakaran.
3.     Menyenaraikan gas-gas rumah hijau.
4.     Merumuskan kesan rumah hijau ke atas alam sekitar di Malaysia.
5.     Selesaikan tugasan dengan menggunakan MS Word dan hantar melalui e-mail.

 
6. Persediaan TMK

1.     Menempah bilik media dan projektor LCD.
2.     Meminjam CD Roms Kesan Rumah Hijau dari Pusat Sumber Sekolah.
3.     Menyediakan slaid MS PowerPoint sebagai bahan bantu mengajar.
4.     Menyediakan klip video Kesan Rumah Hijau.
5.     Memastikan murid dan guru mempunyai alamat e-mail masing-masing.
6.     Menyediakan soalan latihan dalam MS PowerPoint dan MS Word.


7. Penerapan TMK



1.     Membina peta minda atau pengurusan grafik dengan menggunakan MS Word dan menghantarnya melalui e-mail.
2.     Mengakses maklumat tentang Kesan Rumah Hijau menggunakan Internet.
3.     Menulis laporan ringkas dengan menggunakan MS Word.


8. Persediaan Guru Bukan TMK


1.     Gambar-gambar pencemaran alam sekitar.

 
9. Aktiviti Pelajaran


1.   Set Induksi
     Tayangan gambar-gambar pencemaran alam sekitar dalam slaid MS PowerPoint. (2 minit) 

2.   Pencetusan Idea
     Murid menyenaraikan kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.
     Galakkan murid membina peta minda kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.
   
3.   Penstrukturan semula idea
     Bersoal-jawab tentang tajuk.
     Persembahan MS PowerPoint untuk menunjukkan kesan –kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Malaysia. (10 minit) 

     Menayangkan klip video dan gambar-gambar Kesan Rumah Hijau dengan menggunakan MS PowerPoint. (8 minit)

4.   Aplikasi Idea
     Murid mengadakan perbincangan dalam kumpulan untuk menyelesaikan Tugasan  (10 minit)

5.  Penilaian
     Penilaian rakan sebaya dan guru secara lisan. (5 minit) 

6.  Penutup
     Guru membuat kesimpulan bersama-sama murid. (5 minit)
     

10. Aktiviti Guru

1.   Menayang gambar-gambar pencemaran alam sekitar dalam slaid MS PowerPoint.

2.   Mengemukakan soalan-soalan bertumpu untuk menjurus ke tajuk pelajaran.

3.   Meminta pelajar melihat persembahan MS PowerPoint sambil memberi penerangan.

4.   Meminta murid menyelesaikan Tugasan 1 yang dipaut ke MS Excel.

5.   Meminta murid melaksanakan Tugasan 2 dalam kumpulan masing-masing.

6.   Memantau dan membimbing murid dalam membuat peta minda

7.   Menerima e-mail dari setiap kumpulan dan menilainya.

8.   Membuat  kesimpulan bersama-sama dengan murid.



11. Aktiviti Pelajar

1.   Memerhati, berfikir, berbincang dan memberi maklum balas terhadap gambar-gambar yang ditayangkan.

2.   Menjawab soalan guru.

3.   Menyaksikan persembahan MS PowerPoint dan membuat catatan tentang kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.

4.   Menjawab soalan

5.   Melayari Internet untuk mencari maklumat Kesan Rumah Hijau.

6.   Memuat turun peta lakaran tentang kejadian Kesan Rumah Hijau dalam MS Word.

7.   Menjawab soalan-soalan dan membuat rumusan tentang pembelajaran hari ini dalam MS Word.

8.   Menghantar kerja kumpulan menggunakan e-mail.


12. Liputan Kurikulum


Meliputi objektif dan hasil pembelajaran mata pelajaran Geografi Tingkatan 3, kemahiran berfikir dan kemahiran genetik bestari dan strategi konstruktivisme pengajaran dan pembelajaran.


13. Keperluan Khusus

NIL

14. Literasi

1.   Menggunakan terminologi geografi seperti kegiatan ekonomi, kesan-kesan, alam sekitar, pulau haba, pencemaran, kesan rumah hijau dan lain-lain.

2. Menyemak dan membetulkan ejaan dengan perisian Dewan
    Eja.


15. Numerasi



1.   Peratusan gas-gas yang terperangkap di atmosfera.
2.   Peningkatan paras air laut sekitar 10 – 20 cm dalam masa satu kurun.


16. a)  Penilaian










      b)  Refleksi


Penilaian dijalankan secara formatif berdasarkan:
1.     soal-jawab guru-murid
2.     menyelesaikan tugasan

Bahan
1.     Murid tiada masalah menyelesaikan Tugasan 1.
2.     Literasi bahasa Inggeris yang lemah melambatkan proses pencarian maklumat dari Internet.
3.     Murid menghadapi masalah membuat peta minda dengan menggunakan MS Word.

1.     Kerjasama dalam kumpulan boleh diperbaiki jika setiap kumpulan dibahagikan dengan seimbang tahap keupayaan murid dari segi penggunaan TMK.


17. Bahan Rujukan TMK dan
      bukan TMK

  1. Khaw Ah Seng, Geografi Tingkatan 3, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Pahang.
  2. Abd. Rahim Md. Nor, Geografi Tingkatan 3, cerdik Publications Sdn. Bhd., Selangor.
  3. CD Rom Kesan Rumah Hijau, BTP
  4. MS PowerPoint
  5. MS Excel
  6. MS Word
  7. e-mail


18. Laman Web




0 comments:

Post a Comment